Assalamualaikum W.B.T... :-)
Apa khabar? Saya harap anda di luar sana sihat sejahtera.
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kepada anda semua kerana sudi mengunjung blog saya yang tidak seberapa ini. Untuk perkenalan yang pertama dan seterusnya, insyaaAllah, lebih baik saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. :-) Nama yang diberi oleh kedua orang tua saya adalah NUR RASYIDAH AB RAHIM dan anda boleh juga menggunakan panggilan manja saya iaitu 'SYIDAH'. Terpulang pada anda untuk panggil saya dengan apa-apa panggilan, saya tidak kisah. Saya berasal dari KUALA TERENGGANU dan sekarang telah melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia, Kedah. Alhamdulillah, saya dapat menyambung pelajaran saya ke peringkat yang seterusnya iaitu ijazah. Alhamdulillah, rezeki saya dan saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih lagi diberi peluang untuk terus mencari ilmu dan InsyaaAllah akan terus mencari ilmu pada masa akan datang. Saya ditawarkan oleh UUM dengan kos Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian 'Sains Pemutusan'. saya merupakakn pelajar tahun ke-4 dan insyaaAllah, semoga tahun ini merupakan tahun yang terakhir bagi saya di UUM ini. Amin.. :-) sekiranya anda berminat untuk mengetahui infomasi-infomasi berkaitan dengan kos sains pemutusan, jangan segan untuk bertanyakan kepada saya sekiranya terdapat persoalan atau kekeliruan yang bermain di minda anda. InsyaaAllah, saya akan tolong anda semua selagi mana yang termampu. Hobi saya adalah BERSUKAN. Sukan yang paling digemari oleh saya adalah bermain badminton dan hoki kerana bagi saya bersukan ini dapat memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga kepada saya. Selain itu, dengan bersukan ini juga menjadikan badan saya lebih cergas. Malahan, bersukan juga dapat menghilang tekanan atau bebanan kerja sama ada tekanan di tempat sekolah mahupun tekanan di tempat kerja. Saya berumur 24 TAHUN dan alhamdulillah masih muda. :-) Sehingga kini, saya masih lagi diberi kekuatan dan kecerdasan oleh Allah S.W.T untuk melakukan tugas-tugas harian. Saya merupakan anak yang ke-6 daripada 6 beradik dan merupakan ANAK BONGSU dalam keluarga saya. Kebiasaanya anak bongsu selalu dikaitkan dengan berpewatakan manja, betul x? Tetapi bagi saya, saya bukanlah seorang yang berpewatakan manja dalam keluarga saya. Saya lagi gemar untuk menjadi seorang rakan kepada adik-beradik saya kerana ia dapat menjadikan keluarga kami bertambah akrab yang mana keakraban kami boleh dilihat dari segi sering bertukar pendapat, saling menasihati antara satu sama lain sekiranya kami mempunyai masalah, sering menjadi pendengar yang setia dan banyak lagi. Makanan kegemaran saya dari kecil sehingga dewasa adalah TOMYAM. Saya sangat suka makan tomyam sehinggakan kemana sahaja kedai yang saya singgah, semestinya saya akan memesan makanan kegemaran saya iaitu tomyam. Tidak pernah ada perasaan jemu terhadap makanan kegemaran saya. Bila tiba-tiba sebut tomyam, perut saya terasa lapar!! :-) Sampai di sini dahulu entri blog saya pada kali ini, dan insyaaAllah akan bakal bersambung dalam entri yang lain untuk topik-topik yang seterusnya. SALAM PERKENALAN DARIPADA SAYA UNTUK ANDA SEMUA.
salam kasih sayang : syidah :-)
No comments:
Post a Comment