Assalamualaikum kawan-kawan.
Hai! Apa khabar? Saya harap anda semua sihat dan selalu berada dalam lindungan Allah S.W.T, InsyaaAllah. Alhamdulillah, pada 13 Oktober 2015, saya berpeluang untuk menziarahi bapa saudara di Besut, Terengganu. Pangilan manja bapa saudara saya adalah pak ju. Pak ju merupakan anak ke-2 terakhir dalam keluarga emak saya. Untuk pengetahuan anda, saya berasa sangat terlebih teruja semasa berada di sana. Saya berpeluang untuk mengikuti bapa saudara saya untuk mengambil madu lebah yang segar daripada pokok tualang. Dari situ, saya dapat menimba ilmu bagaiman cara-cara untuk mengambil madu lebah dan juga saya dapat pengalaman yang boleh dikatakan sangat mencabar iaitu meredah hutan. Saya seorang yang gemar makan madu. Terdapat pelbagai khasiat di dalam madu lebah ini yang mungkin kita tidak tahu. Sebagai contoh khasiat yang selalu kita tahu dalam madu iaitu madu baik untuk merawat jerawat ataupun batuk. Dalam entri saya pada kali ini, saya akan menceritakan kepada anda pengalaman dan juga pemerhatian saya pada hari kejadian. :-)
Gambar di atas adalah madu tualang yang diambil pada hari tersebut.
Untuk pengetahuan anda, madu lebah ni sebenarnya berasal daripada perut lebah seperti mana yang disebut dalam Al-Quran Surah An Nahl Ayat 69 iaitu " Dari perut lebah itu keluar minuman yang mempunyai pelbagai warnanya"..
Seperti yang kita tahu, pokok tualang biasa dijumpai di dalam hutan. Pokok ini sangat tinggi dan besar. perjalanan kami meredah hutan mengambil masa yang agak lama. jarak yang jauh tidak mematahkan semangat saya malahan saya lagi bersemangat dan teruja untuk sampai ke lokasi yang dicari. Meredah hutan pada ketika itu bukanlah pengalaman yang pertama saya kerana semasa di alam persekolahan, saya banyak menyertai kem-kem dan juga mendaki gunung dan juga bukit. oleh itu, saya tidak sedikitpun berasa tidak selasa malahan sangat seronok yang tidak dapat saya gambarkan pada anda semua tentang perasaan saya ketika itu. maklumlah, zaman persekolahan sudah pun lama berlalu, dan aktiviti-aktiviti yang dahulu saya sertai sudah lama ditinggalkan. Dalam perjalanan, saya berasa sangat kagum melihat mereka kerana kecekalan dan ketabahan mereka untuk mencari rezeki sangat kuat untuk menyara keluarga masing-masing. Setelah meredah hutan, tibalah kami di tempat yang kami tuju. Terdapat beberapa langkah atau cara yang patut kita patuhi untuk mengambil madu. Kita tidak boleh mengambil madu sesuka hati kita kerana ini mungkin akan merbahayakan nyawa anda dan juga orang disekeliling anda. Perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah pakaian. Pakaian yang digunakan haruslah tebal kerana ia bertujuan untuk mengelak daripada disengat lebah. berdasarkan pemerhatian saya dan juga infomasi-infomasi yang diberikan oleg bapa saudara saya, pakaian yang dipakai hendaklah sekurang-kurangnya tiga lapisan. lapisan pertama adalah pakaian biasa seperti baju t-shirt. lapisan kedua adalah baju lengan pnjang yang agak tebal sedikit daripada lapisan pertama dan lapisan ketiga juga baju berlengan panjang yang mana ketebalannya adalah lagi tebal daripada lapisan kedua. ini kerana, sengat lebah tualang sangat merbahaya daripada lebah-lebah yang lain. Selain itu, kita juga dikehendaki memakai sarung tangan untuk mengelakkan berlakunya kulit luka ataupun disengat oleh lebah semasa proses memanjat dan juga mengambil lebah. Peralatan-peralatan yang akan dibawa naik juga sangat banyak. contohnya, baldi, paku, tukul, pisau, pengasap, tali dan macam-macam lagi. Proses memanjat pula bukan menggunakan tangga tetapi dengan menggunakan paku yang bersaiz panjang dan tebal dan juga untuk keselamatan mereka menggunakan tali yang diikat pada badan. Penggunaan paku adalah bertujuan untuk menaiki ke puncak kerana pokok tualang sangat tinggi dan tiada dahan pada aras bawah yang mana menyukarkan proses memanjat. Paku yang digunakan adalah untuk menampung berat badan kita untuk langkah yang seterusnya. Setiap langkah untuk mara ke puncak adalah dengan memaku pada batang pokok tualang dan begitulah seterusnya sehingga sampai pada tempat madu tersebut. Manakala setiap langkah yang diambil haruslah berhati-hati kerana risiko untuk jatuh adalah tinggi bagi orang yang tidak mahir ataupun tiada pengalaman dalam pengambilan madu lebah ini. Proses turun juga menggunakan cara yang sama tetapi proses membawa turun madu adalah berbeza iaitu madu akan diletakkan di dalam baldi dan dibawa turun melalui tali. Proses mengambil madu pula adalah menggunakan pengasap bagi menghalau lebah yang berada dalam sarang dan juga sekitar sarangnya. Selepas itu, madu dihiris sedikit demi sedikit dan diletakkan di dalam baldi. Proses ini diulang-ulang sehingga tiba masa untuk pulang. Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk merasa pengalaman cukup bermakna ini. Walaupun sekadar menjadi pemerhati dari bawah, tetapi saya bersyukur kerana bukan senang untuk seseorang mendapat pengalaman sebegini, Alhamdulillah. Jom!! Sama-sama kita amalkan makan madu setiap pagi bermula daripada sekarang. InsyaaAllah, kita pasti akan merasa perubahannaya. InsyaaAllah,amin. :-)
Untuk santapan anda semua. Ya Allah!! Sedapnya...
No comments:
Post a Comment