Dalam entri pada kali ini, saya hendak berkongsi dengan kawan-kawan saya serba sedikit mengenai gajet saya seperti laptop dan telefon bimbit. Gajet dalam erti lain adalah alatan elektronik yang mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Disini saya berkongsi kelebihan dan juga kekurangan yang terdapat pada gajet.
Sebagai seorang pelajar, gajet merupakan alatan yang sangat penting. Sebagai contoh, laptop. Menjadi kewajipan bagi seorang pelajar untuk memiliki sebuah laptop bagi memudahkan setiap urusan seperti menyiapkan tugasan-tugasan, mencari maklumat-maklumat pelajaran dan banyak lagi. Saya menggunakan laptop Compaq semenjak tahun 2010 dan kini laptop saya berusia 5 tahun. Antara kelebihan laptop Compaq Presario CQ42 adalah harga yang paling murah ketika itu. Tetapi jangan cepat meletakkan harga sebagai kualiti terhadap sesuatu barang kerana ketahanan dan juga kelasakkan laptop Compaq ini lebih baik daripada laptop-laptop jenama yang lain. Selain itu, reka bentuk yang cukup unik menyebabkan saya memilih untuk memiliki laptop ini. Setiap produk mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara kekurangan laptop ini adalah masih lagi menggunakan intel pentium yang menyebabkan proses pergerakan lambat atau berat. Sebagai contoh, bermain game menggunakan intel akan menjadikan game itu terlampau berat dan lambat untuk proses. selain itu, laptop Compaq ini lebih kepada penggunaan di pejabat ataupun untuk pelajar seperti saya.
COMPAQ PRESARIO CQ42
Contoh gajet saya yang ke dua pula adalah telefon bimbit. Saya menggunakan telefon bimbit Samsung S4 dan saya telah menggunakannya hampir 3 tahun setengah. Alhamdulillah, saya tidak lagi mengalami apa-apa masalah sepanjang saya menggunakan Samsung S4 ini. Penggunaan telefon bimbit memudahkan urusan saya dalam menghubungi sesiapa sahaja tidak kira atas urusan kerja ataupun tidak, dan saya juga tidak mempunyai masalah jarak jauh kerana adanya telefon bimbit ini. Produk ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara kelebihannya adalah mempunyai skrin 5 inci lebih besar daripada Samsung S3. Selain itu, kamera Samsung S4 mempunyai 13 megapixel dilengkapi dengan teknologi yang canggih iaitu, dual shot, touch focus dan lain-lain. Didatangi dengan sistem Android jelly bean v4.2.2 yang mana membolehkan anda untuk memuat turun pelbagai aplikasi seperti lagu, game dan sebagainya. Manakala kekurangan yang terdapat pada telefon bimbit S4 ini adalah harga yang terlalu mahal daripada telefon bimbit yang lain. Selain itu, telefon bimbit ini tidak mempunyai radio dan juga memakan ruang yang berlebihan sehinggakan RAM cepat penuh dan menjadikan telefon bimbit menjadi perlahan. Malah, material yang digunakan adalah plastik menampakkan ia lebih murah daripada telefon bimbit yang lain.
SAMSUNG GALAXY S4
No comments:
Post a Comment